1 Corinthians 13:4–8a


Love is patient, love is kind. It does not envy, it does not boast, it is not proud. It is not rude, it is not self-seeking, it is not easily angered, it keeps no record of wrongs. Love does not delight in evil but rejoices with the truth. It always protects, always trusts, always hopes, always perseveres. Love never fails

Tuesday, April 19, 2011

'Rumput'

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya ketika gurunya mengajar tentang kasih sayang.

Pelajar: Cikgu,bagaimana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macamana juga kasih tu nak berkekalan.?

Cikgu: Ok,kamu ikut apa cikgu suruh, kamu pergi ke padang, kamu jalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu, pilih yang paling cantik tanpa menoleh belakang walau sekali pun. Kalau dah petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas.

Maka pelajar itu pun melakukan perkara tersebut. Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas. Tiada sehelai rumput pun di tangannya, cikgunya bertanya kenapa tiada rumput yang dipilh?

Pelajar: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang ada banyak yang cantik, tapi kata cikgu petik yang paling cantik jadi saya terus jalan ke depan. Sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh belakang lagi, tapi sampai di penghujung padang, saya tidak terjumpa pun yang paling cantik, mungkin ada di antara semua rumput tu yang cantik di belakang saya tapi cikgu dah kata tak boleh toleh ke belakang, jadi tiada rumput yang saya petik.

Cikgu: Itulah jawapannya, maknanya apabila kita telah berjumpa seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu , kita patut hargai sebaik-baiknya dengan orang yang berada di depan mata kita, janganlah kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku, semoga yang berulang tidak akan berulang lagi. Ingatlah orang yang paling kita sayang kerana itulah orang yang paling cantik dan paling baik walaupun kalau nak diikutkan, banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.


0 comments: